Benarkah kamu mencintai manusia?
benarkah kau cinta Islam?
andai benar kau cinta Islam, mana solatmu?
sesungguhnya solat itu tiang agama,
tanpa tiang robohlah rumah,
tidak terdaya aku menyatakan seksaan-Nya
adakah kau cukup kuat melawan seksaan-Nya?
benarkah kau cinta Islam?
andai benar kau cinta, mengapa aurat itu kau buka?
mengapa kau tidak mengikut suruhan-Nya?
kelak berlaku sesuatu, kau mula menyalahkan-Nya?
mengapa? kata-Nya dalam surah An-Nur..
kau tahu suruhan-Nya..
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami Ya Allah
benarkah kau cinta Islam?
andai benar kau cinta Islam, mana jati diri mu?
benarkah kau cinta Islam?
andai benar kau cinta Islam, mana akhlakmu?
benarkah kau cinta Islam?
andai benar kau cinta Islam....
aku mencintai Islam bukan kerana namanya..
tetapi maksud disebalik nama itu..
nama yang indah sesuai dengan agama yang ku anuti,
tetapkan lah iman hati hamba-Mu ini Ya Allah..
kau katakan kau Islam,
dimana buktinya? tunjuk dan buktikan kau Islam?
adakah solatmu cukup?
adakah kau yakin solat mu itu ikhlas?
atau sekadar tayangan drama?
kau kata kau Islam,
dimana buktinya? tunjuk dan buktikan kau Islam?
adakah kau benar cintakan Allah dan Rasul-Nya?
andai benar kau cinta
mengapa kau tinggalkan ajarannya?
mengapa kau langgar larangannya?
mengapa kau tidak jadikan Al-Quran sebagai panduan?
mengapa wahai sahabatku?
andai benar kau cinta Islam,
mengapa kau dekati dosa?
kau dekati zina..
pasti jawabmu, kami tidak berzina,
kami hanya berjumpa dan berkasih,
dalam Islam tiada salahnya mencintai yang lain,
sesungguhnya itu satu perassan yang suci,
namun sedarkah kau antara lelaki dan wanita ada yang ketiga?
Ya Allah, aku mohon pada-Mu agar kau berkati hidup hamba
yang khilaf ini..
limpahkanlah rezeki dan rahmat-Mu Ya Allah..
berikanlah kami hidayah-Mu Ya Allah..
maaf sahabat andai terasa..
ini hanya luahan seorang hamba yang inginkan keredhaan-Nya..
No comments:
Post a Comment