Welcome

Welcome

Saturday, 11 April 2015

Perjalanan menjadi pelajar UUM Sintok


Mohd Zharif Firdaus Bin Suhaidin itulah nama yang diberi oleh emak dan ayah aku. Dorang pernah bagitahu aku macam mana aku boleh dapat nama paling panjang antara kalangan adik beradik aku.Nama Zharif tu adalah cadangan dari ayah aku manakala nama Firdaus tu adalah dari emak aku, kalau tak silap dorang asyik bergaduh pasal nak letak nama yang mana satu. Last - last dorang letak dua - dua nama tu sekaligus dan terus tak gaduh dah konfem puas hati dua - dua tu. Comel gak parents aku masa dulu - dulu. HAHA. 

Dah hampir tiga bulan aku menapak dekat UUM, Universiti yg berada dalam hutan ni :) :) 

Bagi aku, UUM ni memang sesuai buat tempat belajar sebab:
1) Senyap dan menenangkan
2) Sejuk, macam kat Cameron Highland
3) Kemudahan lengkap (Library yang besar gedabak, Bank Islam, BSN, CoolBlog, Gimnasium, Swimming pool & Go-Kart). Nanti nak pi kelas sng sbb ada bas, dun worry takyah bayar. FREE JER sebab dh INCLUDE SEKALI DALAM YURAN  masa DAFTAR
4) Ada taman botani
5) Ada tempat rusa (rusa ae? kalau tak salah la..ke kancil? pelanduk kot?)

Tapi, ada satu je masalah yang aku tak berkenan, KERA~
Kat sini dah macam zoo kera, beruk dan monyet ~
Sekali datang, kaum kerabat dia bawak, habis selerak aras dengan sampah yang diorang selongkar..
Tapi, diorang sangat lah comel~ (still, menakutkan)

Anyway, biasa kehidupan sebagai pelajar kalau busy gila kan..Jadual aku sangat la tak padat, mujur ada gap untuk solat Zohor,Asar dan makan :)


Jadual Kelas
Aku geram plak sebab tak dapat transfer banyak subjek dari Diploma dulu -_-
Dalam 5 subjek = 15 Jam Kredit
Untuk aku genggam segulung ijazah, aku at least kena 132 jam kredit..
So, tolak 15 jam kredit tinggal 117 jam kredit..
Paling maksimum jam kredit boleh ambil satu semester, 22 jam kredit..
so, kena pandai susun jadual la :)





No comments:

Post a Comment