Welcome

Welcome

Sunday, 26 April 2015

Gempa Bumi Nepal 2015

Dunia baru sahaja dikejutkan dengan Gempa Bumi yang baru sahaja menimpa Nepal pada hari sabtu 25 April 2015. Ia adalah gempa bumi paling kuat yang menimpa Nepal sejak gempa bumi Nepal–Bihar 1934. Angka Korban setakat ni tak dapat disahkan dengan betul akibat dari gempa bumi tersebut yang dikatakan menimpa Nepal dan beberapa wilayah India, Tiongkok, dan Bangladesh. Gempa Bumi itu dikatakan berukurann 7.9 Skala Ritcher.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam gempa bumi yang melanda Nepal dan kawasan di utara India hari ini. "Harapan dan doa saya sentiasa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam gempa bumi itu," kata Najib dalam catatan beliau dalam laman Twitter dan Facebook hari ini. Najib berkata Kementerian Luar sedang memantau situsi dengan rapi. "Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dan mereka dilaporkan dalam keadaan selamat," katanya.






p/s: Alfatihah.. pada yng beragama islam.. Bala Allah x kira d mana atau siapa.persiapkn diri bnyk kn mohon keampunan dan d jauhkn segala malapetaka. Inilah tanda tanda dunia akan di hujung hayatnya...berbagai bagai kejadian yang xdi duga....maha besar...maha agung....allah yg menjadikan dunia..alam semesta.....kepada ianya kita berserah.....mohom keampunan....

No comments:

Post a Comment