Welcome

Welcome

Friday, 29 May 2015

Isu Sijil Halal di Malaysia


Baru - baru ini Malaysia digemparkan dengan kes sijil HALAL di Secret Recipe di tarik balik oleh JAKIM dan ini disahkan sendiri oleh pihak mereka. Persoalannya adakah Secret Recipe halal dimakan? Hal ini berlaku disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan - kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berdasarkan dua perkara, iaitu penggunaan produk dalam penghasilan makanan tidak mengandungi elemen haram dan konsep 'toyyibban'.

"Sijil halal JAKIM berdiri atas 'halalan' dan 'toyyiban' mengikut GMP yang serius, termasuk menjaga kebersihan barangan semasa ia diproses sehinggalah ia menjadi makanan dan dihidang di atas meja.

"Kalau terhindar daripada barangan haram iaitu 'halalan' tetapi aspek 'toyyiban' iaitu tempat proses produk itu tidak diyakini bersih dan tidak memenuhi prosedur operasi standard (SOP) sijil halal, maka JAKIM boleh tangguh

atau menarik balik sijil tersebut. Bagi yang ditarik balik mereka boleh pohon semula," katanya.

Secret Recipe boleh pohon semula sijil halal selepas patuhi GMP - Jamil Khir
JAMIL KHIR: Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd boleh memohon semula sijil halal untuk premis itu setelah prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dipatuhi. -Gambar fail

Walaupun kes sijil Halal Secret Recipe ditarik adalah kerana isu kebersihan tetapi isu Halal adalah luas bukan sahaja meliputi makanan sahaja. PENGGUNA terutama golongan beragama Islam begitu sensitif berhubung isu halal kerana mereka tidak mahu ditipu dengan setiap makanan yang berada di pasaran.


Sebelum ini pada tahun lepas, pendedahan di media berhubung isu halal, menarik perhatian ramai pengguna Islam bermula dari coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi, menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat sebelum disahkan semula oleh pihak JAKIM.


Bercakap tentang halal, apa yang tertanam di minda masyarakat Islam di negara ini hanyalah logo yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim).Tanpa logo tersebut, persepsi masyarakat terus meletakkan produk yang menggunakan logo lain sebagai tidak halal atau menjadi was-was untuk dimakan.


Masyarakat tidak akan peduli untuk melihat produk tersebut dikilangkan di mana kerana apa yang penting, logo halal mesti daripada Jakim.

Menjawab persoalan ini, Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Nadia Zammil berkata, masyarakat Islam di negara ini tidak perlu was-was untuk membeli barangan yang tidak menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana semua logo adalah dari negara pengeluar yang diiktiraf halal oleh Jakim.

Kata Nadia, terdapat 73 logo halal dari seluruh dunia yang boleh digunapakai di Malaysia untuk semua produk yang diimport. "Hanya produk yang dikilangkan di dalam negara sahaja yang akan menggunakan logo halal yang dikeluarkan Jakim dan pengguna beragama Islam kena tahu hal itu.


Menolak logo dari negara luar sebagai tidak asli, Nadia menjelaskan, semua produk yang dibawa masuk untuk pasaran negara ini telah dipantau sepenuhnya oleh Jakim.

"Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai sijil halal Jakim, orang ramai boleh melayari laman web Jakim dan rujuk ruangan halal," katanya.


Di sebalik isu ini, kita seolah-olah terlupa bahawa soal halal atau haram bukan sahaja melibatkan produk makanan.

Hakikatnya, soal ini juga membabitkan barangan yang digunakan seharian.

Cuba lihat di sekeliling kita, adakah kita pasti bahawa peralatan atau barangan yang digunakan adalah juga daripada sumber yang halal?

Pernahkah kita terfikir berus muka yang digunakan untuk peralatan mekap yang diimport dari luar negara khususnya China mungkin tidak halal?

Sebenarnya banyak lagi barangan berasaskan bulu seperti berus cat dan berus lukisan yang digunakan secara meluas di kalangan pelajar sekolah dikaitkan dengan isu ini.

Ini kerana, di China, penghasilan barangan daripada bulu atau kulit babi begitu berleluasa. Malah terdapat juga ternakan babi yang khusus untuk menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri.

Malangnya, sejauhmanakah pihak berkenaan bertindak bagi memastikan pengguna beragama Islam di negara ini tidak terus hidup dan terpedaya dengan produk-produk barangan haram?

Memandangkan isu halal penting, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk memberikan maklumat yang betul mengenai status halal sesuatu produk baik untuk dimakan, diminum atau digunakan seharian.


Dalam mendapatkan hak itu, sudah tentu juga maklumat tentang halalnya sesuatu produk perlu dinyatakan secara jelas.



Pada hari khamis 28 Mei 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menjelaskan bahawa hanya terdapat 12 outlet berstatus halal di KLIA2 dan 15 di KLIA2. Hal ini menunjukkan Hampir 80% outlet di KLIA dan KLIA2 tidak mempunyai Sijil Halal.




Oleh itu kita rakyat Malaysia perlu sentiasa berjaga - jaga dan sentiasa mengambil berat mengenai Halal ini kerana ianya akan memainkan peranan paling penting dalam kehidupan seharian. Di mana Halal bukan sahaja meliputi makanan bahkan juga barangan dan lain - lain lagi. 




Amazing Facts

Amazing facts that will make you the most interesting person in the room



































Thank you to the Mental Floss, Wikipedia and Facts Slides for the ideas and information for this post :) 

Tuesday, 26 May 2015

Selamatkan etnik Islam Rohingya

Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Pada Mei 2015, beribu-ribu Rohingya di atas kapal yang uzur dalam keadaan lapar dan tidak bermaya di lautan. Mereka mahu masuk ke Malaysia dan Indonesia, negara yang majoritinya Islam, melalui penyeludup. Rentetan itu menimbulkan ketegangan kepada negara-negara jiran Myanmar bagi menangani kebanjiran pelarian tersebut. Malah, pihak Myanmar menyalahkan negara-negara jiran kerana menolak pelarian daripada memasuki negara mereka. Myanmar juga menyatakan mereka tidak bersalah dan hal itu berlaku kerana masalah penyeludupan manusia sahaja.

Thailand akan menjadi tuan rumah bagi persidangan serantau bagi membincangkan isu itu pada hujung bulan Mei ini. Myanmar pula menyatakan tidak akan menghadirinya sekira disebut tentang Rohingya

JARAK Yangon dan Kuala Lumpur adalah 1,597.7 kilometer (km) atau 992.8 batu. Masa penerbangan di antara kedua-dua ibu nega-ra itu adalah dua jam 13 minit.

Ia terlalu hampir dengan negara kita. Ter¬lalu dekat berbanding dengan negara Pales¬tin, Bosnia atau Sudan.

Myanmar ialah rakan Malaysia dalam ASEAN. Kini sesuatu yang menjelekkan se¬dang berlaku di negara itu.

Etnik beragama Islam Rohingya, agama yang turut dianuti oleh majoriti rakyat ne¬gara ini sedang disembelih, dibakar hidup-hidup dan wanita serta kanak-kanaknya diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi rahsia.

Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai orang Islam marilah kita doakan keselamatan mereka daripada manusia berhati binatang itu.

Hanya binatang sahaja yang sanggup memperlakukan rakyat sendiri seperti bina¬tang - hanya gara-gara Rohingya beragama Islam, bukan Buddha dan etnik yang ber¬beza daripada kaum majoriti.

Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita antarabangsa dari Myanmar seolah-olah merayu perhatian dunia terha¬dap apa yang berlaku terhadap etnik itu.

Malangnya di Malaysia kita sedang sibuk dengan perdebatan mengenai politik.Berita mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan.

Saya juga tidak nampak satu kesungguhan daripada pihak kerajaan Malaysia sendiri untuk menghantar nota bantahan terhadap apa yang berlaku di negara itu.

Atas semangat agama Islam dan ummah, apa salah campur tangan dalam hal Rohingya ini. Alihkan perhatian rakyat daripada isu politik dalam negara kepada isu Roh¬ingya ini.

Ayuh bangkit Malaysia, kita buat bising untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai umat Islam itu.

Satukan umat Islam di Indonesia, Brunei dan ASEAN untuk bersuara dengan kita.

Walaupun mangsa itu bukan Islam sekali pun kita amat sedih melihat, membaca dan mengetahui mengenai tragedi kemanu¬siaan ini.



Isu pelarian etnik Rohingya merupakan masalah antarabangsa dan bukan ASEAN sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun Malaysia dan negara jirannya cuba mencari penyelesaian di peringkat ASEAN, isu pelarian Rohingya juga merupakan masalah antarabangsa yang memerlukan penyelesaian antarabangsa.

"Saya mengambil peluang untuk memberi taklimat ringkas kepada Perdana Menteri (Jepun Shinzo) Abe tentang cabaran terbaru dihadapi Malaysia dan ASEAN. Apa-apa sahaja yang Jepun dapat lakukan untuk membantu kita menangani masalah ini, amat dialu-alukan," katanya.

Najib berkata demikian pada sidang media bersama-sama dengan Abe selepas mesyuarat dua hala mereka di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bantuan yang diberi kepada pelarian Rohingya tidak harus dilihat atas faktor sesama agama semata-mata, namun ia lebih kerana isu kemanusiaan 

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

 

  








  






Tuesday, 19 May 2015

iPhone 7 vs Samsung Galaxy S6

With so many different yet similar smartphones from so many brands from across the globe, one may start feeling a bit lost. Which one of those many is the best phone you can buy right now?


Luckily, at this time of the year, there is no reason to complain much as the best Android phones are now available, the Samsung Galaxy S6 and iPhone 7 are now on store shelves, and their presence alone put out many of the earlier Android devices.

iPhone 7 vs Samsung Galaxy S6: Design and build

Going by the leaked images, the Samsung Galaxy S6 will look and feel similar to its predecessor. It will use a metal frame and be around 7 mm thick. Frankly, if internet rumours are to be believed, the Galaxy S6 will look pretty similar to the iPhone 6. And that can of course be no bad thing. A strong leak from underkg touts dimensions of 71 x 143 x 6.9 mm, and shows an iPhone 6-like Galaxy S6 with rounded sides, drilled speaker holes, a central microUSB port and headphone jack.

It's likely that Apple won't make such significant design changes to the next generation of iPhone. We can expect the iPhone 7 to have a 4.7in screen, a rounded, aluminium chassis and a very slim profile. It's also likely that it'll be available in Silver, Gold and Slate Grey.

Apple could make the iPhone 7 lighter, though, thanks to the use of the stronger sapphire glass and more durable liquidmetal materials, both of which Apple is believed to be working with. Stronger materials mean Apple could use less metal and glass in the device, making it ighter overall. 



iPhone 6s/iPhone 7 vs Samsung Galaxy S6: Hardware

iPhone 7 vs Samsung Galaxy S6: Display

The Galaxy S5 has a 5.1in screen but Samsung will supposedly jump to 5.5in with the Galaxy S6 meaning it will match the LG G3 and iPhone 6 Plus. The firm is also rumoured to increase the resolution to Quad HD (1440 x 2560) which makes sense considering that's what the Galaxy Note 4 already uses.

It's also worth noting that there looks to be various versions of the Galaxy S6. A Galaxy S6 Edge is the most likely (with a three sided screen) but a Galaxy S6 Active and Galaxy S6 mini are also possible.

There is less credible rumour about the iPhone 7's display. We've seen suggestions that it will wrap around the side of the device much like the Galaxy Note Edge. Also on the web is some discussion of a TouchID display. Of course, what we really want to see is a higher resolution screen on the iPhone. The iPhone 6 Plus's display is 401ppi, but that's still not as impressive as many of its rivals, including the Galaxy S6. So expect to see Apple ramping up the res (and then making like that was always the plan).

iPhone 7 vs Samsung Galaxy S6: Processor and memory

It looks like the Galaxy S6 will launch with Samsung's own Exynos 7420, 64-bit, octa-core CPU. The firm may ship later batches with the Snapdragon 810 is Qualcomm can sort out some manufacturing problems. Expect 3 GB of RAM for scorching performance.

The iPhone 7 will have a faster processor, probably named the A9, joined by an M9 co-processor. *IRONY KLAXON*: It's believed that Samsung is the main supplier of Apple's A9 processor. Expect the A9 to be manufacturerd on a new 14-nanometer process, helping make it smaller, more efficient and more powerful.

It's rumoured that Apple will finally up the iPhone's RAM complement from the now usual 1GB, with 2GB of memory.

iPhone 7 vs Samsung Galaxy S6: Storage
 

With just 16- or 32 GB of storage available on the Galaxy S5, rumours suggest Samsung will expand the selection with 32-, 64- and 128 GB. As usual, bar the Galaxy Alpha, Samsung will include a mciroSD card slot for expanding the storage. (You may wish to Google 'SD Card', if you are a lifelong iPhone user.)

Expect Apple to stick with its current storage options of 16GB, 64GB and 128GB. And no, the iPhone 7 will not have expandable storage.

iPhone 7 vs Samsung Galaxy S6: Cameras

Expect the Galaxy S6 to sport a 20 Mp rear camera, with 4K video recording. At the front Samsung is rumoured to be using a 5 Mp camera which would match its new Galaxy A3 and A5 smartphones.

One of the biggest areas of improvement for the iPhone 7 could be the camera. Rumours that emerged in November 2014 suggested that the camera will represent the biggest camera jump in the history of the iPhone, with a two-lens system that could capture "DSLR-quality imagery," according to Daring Fireball's John Gruber.

Rumour has it the iPhone 7 camera could be up to 21-megapixels.

More recently, those rumours have been cemented by sources in the hardware supply chain. A dual-lens camera would allow the iPhone 7 to include optical zoom capabilities and improve low-light photography.

We are really in the realms of speculation here, but let's enjoy ourselves.

Beyond core specs, the Galaxy S6 will reportedly come with dual-band 802.11a/b/g/n/ac Wi-Fi, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot, NFC, Bluetooth 4.0, A-GPS and an IR blaster. There's no mention of a fingerprint scanner and heart rate monitor but we don't think Samsung will get rid of these features unless it has a compelling reason to do so.

The firm loves adding as much as possible and is rumoured to be offering a new payment system to rival ApplePay with Visa using LoopPay technology. This will roll out to the Note 4 and Galaxy S5, too.

A rumour circulating the web is that the iPhone 7 will come with a new iPhone charger, with a Lightning connector on one end and a new reversible USB connector on the other end. And that Samsung chip could well enable wireless charging. (See also: iPhone 6 Plus vs Galaxy Note 4 comparison review.)

iPhone 7 vs Samsung Galaxy S6: Software
The Samsung Galaxy S6 will come with Android 5.0 Lollipop which is the latest version introduced with the Nexus 6 and Nexus 9. Samsung will add its TouchWiz user interface, although rumour has it that Samsung is going for near-stock Android and is cutting down on bloatware. Things such as S Note, S Health and S Voice won't be pre-installed but Microsoft apps might be.

The next iPhone will be the flagship for iOS 9. Apple likes to include at least one showy marquee feature each time it updates iOS, something it can whip up some hype around at the launch presentation: iOS 8 had Health, Continuity and Apple Pay. But what will iOS 9 bring?

iOS 9 will focus on speed and stability, however. This will make sense for anyone who's tried to stick with an iDevice for more than a few years. iOS 7 and iOS 8 were both widely criticised for hobbling the speed of devices at the lower end of compatibility. iOS 9 will see more serious efforts to minimise the size of install files, which makes a lot of sense after the debacle surrounding iOS 8.




Saturday, 16 May 2015

16 Mei 2015


pada peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW menunggang Buraq menuju Masjidil Aqsa di mana kemudiannya baginda mendirikan solat tahiyatul masjid dua rakaat.



Apabila tiba tarikh 16 Mei pasti kita semua akan terus teringat mengenai Sambutan Hari Guru di Seluruh dunia. Tarikh ini membawa maknanya kerana ia memperingati jasa guru - guru yang telah mengajar murid murid di seluruh dunia. Tetapi pada tahun ini agak istimewa sedikit kerana pada tarikh ini juga adalah Hari Israk dan Mikraj bagi orang Islam.

BULAN Rejab selalu dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah.
Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.

Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.

Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.

Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.

Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.
Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.

Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.

Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh.

Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu.

Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut.
Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.

Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.
Baitulmaqdis

Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?
Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.

Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?" Baginda menjawab: "Masjidil Haram." Abu Zar bertanya lagi: "Lalu masjid apa?"
Rasulullah menjawab: "Al-Masjid al-Aqsa."

"Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?" tanya Abu Zar lagi.
Baginda menjawab: "Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu.

Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup seluruh kenabian.

Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya: "Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim.
"Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang dikedepankan."


p/s: Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang pernah mengajar saya di sekolah dan Lecturer dari KPM hingga ke UUM. Dan terutamanya Dr Wiwied Virgiyanti iaitu Lecturer STID saya yg agak kelakar dan periang tiap masa ketika mengajar dalam kelas, HAHA :D

Saturday, 9 May 2015

DodgeBall

Semalam baru je aku join satu sukan yang dipanggil DodgeBall. Dodge Ball atau dlm bahasa melayunya dipanggil Bola Elak atau Bola Beracun. Aku join pun atas sebab suka - suka and nak cuba benda baru, tambah plak member aku semua plak yg ajak join so masuk jela. Alhamdulilah aku masuk ni dengan 100 peratus ditaja DPP TM so kirenya jadi wakil la,bunyi mcm hebat sikit laa. Disebabkan kteorg still baru lagi and tak biasa lg dgn dodgeball tu kteorg tumbang di dalam peringkat group dan tak dpt mara ke semi final(kalah tipis je pn) dengan hanya berjaya catatkan 1 kemenangan dan 2 kekalahan. Team yg kteorg kalahkan tu plak last2 jadi group n hanya kteorg pny group je yg berjaya kalahkan team tu dlm peringat group, power jgkla team kteorg. hahaha




Dodgeball adalah permainan di mana pemain di kedua-dua pasukan cuba untuk membaling bola ke arah antara satu sama lain sambil mengelakkan terkena diri mereka sendiri. Permainan ni lebih dikenali Di Amerika Syarikat dan kurang dimainkan di Malaysia. 

Pasukan akan terdiri daripada enam 10 pemain. Enam pemain akan bersaing pada setiap bahagian, ahli pasukan tambahan akan disediakan sebagai pengganti. Gantian boleh memasuki permainan hanya semasa tamat masa atau dalam kes kecederaan.

Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah atau di luar rumah. Gelanggang permainan akan menjadi segi empat tepat yang sekurang-kurangnya 50 kaki panjang dan sekurang-kurangnya 30 kaki lebar, dibahagikan kepada dua bahagian yang sama oleh pusat talian dan serangan-garis 3 meter dari, dan selari dengan garis tengah.


Bola rasmi yang digunakan dalam permainan kejohanan dan liga adalah getah bersalut busa bola 8,25 inci. Objektif permainan ini adalah untuk menghapuskan semua pemain lawan dengan mendapatkan mereka "OUT". Ini boleh dilakukan dengan cara:
1. Menekan pemain lawan dengan bola LIVE dibuang di bawah bahu.
2. Menangkap bola LIVE dilemparkan oleh lawan sebelum ia menyentuh tanah.

Definisi: LIVE: Bola yang telah dibuang dan tidak menyentuh apa-apa, termasuk lantai / tanah, bola yang lain, pemain lain, perkara rasmi atau lain-lain di luar bidang yang bermain (dinding, siling, dan lain-lain).


Semasa permainan, semua pemain mesti berada di dalam garis sempadan. Pemain boleh meninggalkan sempadan melalui hujung talian mereka hanya untuk mendapatkan bola. Mereka juga mesti kembali melalui hujung talian mereka.

Permainan akan bermula dengan meletakkan dodgeballs sepanjang garis tengah - tiga di sebelah hash pusat dan tiga di pihak yang lain. Pemain kemudian mengambil kedudukan di belakang garis akhir mereka. Berikutan isyarat oleh pegawai itu, pasukan boleh mendekati tengah untuk mendapatkan bola. Isyarat ini secara rasmi bermula permainan. Pasukan hanya boleh mendapatkan semula tiga bola di bahagian kanan mereka. Apabila bola yang diambil ia mesti dibaling di belakang garisan terputus sebelum ia boleh dibaling secara sah.

Pasukan pertama yg berjaya menggeluarkan semua pemain lawan akan diisytiharkan pemenang. Had masa tiga minit telah ditubuhkan bagi setiap pertandingan. Jika pasukan tidak berjaya mengeluarkan semua pemain lawan pada akhir daripada tiga minit, pasukan yang mempunyai jumlah pemain yang lebih besar daripada pasukan lain akan diisytiharkan pemenang.

Setiap pasukan akan dibenarkan satu had masa 30 saat setiap permainan. Pada masa ini satu pasukan boleh menggantikan pemain ke dalam permainan.
Filem mengenai DodgeBall pada tahun 2004