Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah
yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah
Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di
antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam
Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?
Pada Mei 2015, beribu-ribu Rohingya di atas kapal yang uzur
dalam keadaan lapar dan tidak bermaya di lautan. Mereka mahu masuk ke Malaysia
dan Indonesia, negara yang majoritinya Islam, melalui penyeludup. Rentetan itu
menimbulkan ketegangan kepada negara-negara jiran Myanmar bagi menangani
kebanjiran pelarian tersebut. Malah, pihak Myanmar menyalahkan negara-negara
jiran kerana menolak pelarian daripada memasuki negara mereka. Myanmar juga
menyatakan mereka tidak bersalah dan hal itu berlaku kerana masalah
penyeludupan manusia sahaja.
Thailand akan menjadi tuan rumah bagi
persidangan serantau bagi membincangkan isu itu pada hujung bulan Mei ini.
Myanmar pula menyatakan tidak akan menghadirinya sekira disebut tentang
Rohingya
JARAK Yangon dan Kuala Lumpur adalah 1,597.7 kilometer (km)
atau 992.8 batu. Masa penerbangan di antara kedua-dua ibu nega-ra itu adalah
dua jam 13 minit.
Ia terlalu hampir dengan negara kita. Ter¬lalu dekat
berbanding dengan negara Pales¬tin, Bosnia atau Sudan.
Myanmar ialah rakan Malaysia dalam ASEAN. Kini sesuatu yang
menjelekkan se¬dang berlaku di negara itu.
Etnik beragama Islam Rohingya, agama yang turut dianuti oleh
majoriti rakyat ne¬gara ini sedang disembelih, dibakar hidup-hidup dan wanita
serta kanak-kanaknya diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi rahsia.
Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang
tahu. Sebagai orang Islam marilah kita doakan keselamatan mereka daripada
manusia berhati binatang itu.
Hanya binatang sahaja yang sanggup memperlakukan rakyat
sendiri seperti bina¬tang - hanya gara-gara Rohingya beragama Islam, bukan
Buddha dan etnik yang ber¬beza daripada kaum majoriti.
Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita
antarabangsa dari Myanmar seolah-olah merayu perhatian dunia terha¬dap apa yang
berlaku terhadap etnik itu.
Malangnya di Malaysia kita sedang sibuk dengan perdebatan
mengenai politik.Berita mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh
kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan.
Saya juga tidak nampak satu kesungguhan daripada pihak
kerajaan Malaysia sendiri untuk menghantar nota bantahan terhadap apa yang
berlaku di negara itu.
Atas semangat agama Islam dan ummah, apa salah campur tangan
dalam hal Rohingya ini. Alihkan perhatian rakyat daripada isu politik dalam
negara kepada isu Roh¬ingya ini.
Ayuh bangkit Malaysia, kita buat bising untuk menghentikan
pembunuhan beramai-ramai umat Islam itu.
Satukan umat Islam di Indonesia, Brunei dan ASEAN untuk
bersuara dengan kita.
Walaupun mangsa itu bukan Islam sekali pun kita amat sedih
melihat, membaca dan mengetahui mengenai tragedi kemanu¬siaan ini.
Isu pelarian etnik Rohingya merupakan masalah antarabangsa
dan bukan ASEAN sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata walaupun Malaysia dan negara jirannya cuba
mencari penyelesaian di peringkat ASEAN, isu pelarian Rohingya juga merupakan
masalah antarabangsa yang memerlukan penyelesaian antarabangsa.
"Saya mengambil peluang untuk memberi taklimat ringkas
kepada Perdana Menteri (Jepun Shinzo) Abe tentang cabaran terbaru dihadapi
Malaysia dan ASEAN. Apa-apa sahaja yang Jepun dapat lakukan untuk membantu kita
menangani masalah ini, amat dialu-alukan," katanya.
Najib berkata demikian pada sidang media bersama-sama dengan
Abe selepas mesyuarat dua hala mereka di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bantuan yang diberi kepada pelarian
Rohingya tidak harus dilihat atas faktor sesama agama semata-mata, namun ia
lebih kerana isu kemanusiaan
Isu
Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan
rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil
tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah
adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana
sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang
urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
No comments:
Post a Comment