Baru - baru ini Malaysia digemparkan dengan kes sijil HALAL di Secret Recipe di tarik balik oleh JAKIM dan ini disahkan sendiri oleh pihak mereka. Persoalannya adakah Secret Recipe halal dimakan? Hal ini berlaku disebabkan telah berlaku perlanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan - kesalahan kebersihan dan GMP (Good Manufacturing Practice) yang serius.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) adalah berdasarkan dua perkara, iaitu penggunaan produk dalam
penghasilan makanan tidak mengandungi elemen haram dan konsep 'toyyibban'.
"Sijil halal JAKIM berdiri atas 'halalan' dan
'toyyiban' mengikut GMP yang serius, termasuk menjaga kebersihan barangan
semasa ia diproses sehinggalah ia menjadi makanan dan dihidang di atas meja.
"Kalau terhindar daripada barangan haram iaitu
'halalan' tetapi aspek 'toyyiban' iaitu tempat proses produk itu tidak diyakini
bersih dan tidak memenuhi prosedur operasi standard (SOP) sijil halal, maka
JAKIM boleh tangguh
atau menarik balik sijil tersebut. Bagi yang ditarik balik
mereka boleh pohon semula," katanya.
Walaupun kes sijil Halal Secret Recipe ditarik adalah kerana isu kebersihan tetapi isu Halal adalah luas bukan sahaja meliputi makanan sahaja. PENGGUNA terutama golongan beragama Islam begitu sensitif
berhubung isu halal kerana mereka tidak mahu ditipu dengan setiap makanan yang
berada di pasaran.
Sebelum ini pada tahun lepas, pendedahan di media berhubung isu halal,
menarik perhatian ramai pengguna Islam bermula dari coklat Cadbury yang
mengandungi DNA babi, menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat sebelum disahkan semula oleh pihak JAKIM.
Bercakap tentang halal, apa yang tertanam di minda
masyarakat Islam di negara ini hanyalah logo yang dikeluarkan Jabatan Agama
Islam Malaysia (Jakim).Tanpa logo tersebut, persepsi masyarakat terus meletakkan
produk yang menggunakan logo lain sebagai tidak halal atau menjadi was-was
untuk dimakan.
Masyarakat tidak akan peduli untuk melihat produk tersebut
dikilangkan di mana kerana apa yang penting, logo halal mesti daripada Jakim.
Menjawab persoalan ini, Pegawai Perhubungan Awam Jakim,
Nadia Zammil berkata, masyarakat Islam di negara ini tidak perlu was-was untuk
membeli barangan yang tidak menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) kerana semua logo adalah dari negara pengeluar yang diiktiraf
halal oleh Jakim.
Kata Nadia, terdapat 73 logo halal dari seluruh dunia yang
boleh digunapakai di Malaysia untuk semua produk yang diimport. "Hanya produk yang dikilangkan di dalam negara sahaja
yang akan menggunakan logo halal yang dikeluarkan Jakim dan pengguna beragama
Islam kena tahu hal itu.
Menolak logo dari negara luar sebagai tidak asli, Nadia
menjelaskan, semua produk yang dibawa masuk untuk pasaran negara ini telah
dipantau sepenuhnya oleh Jakim.
"Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai sijil halal
Jakim, orang ramai boleh melayari laman web Jakim dan rujuk ruangan
halal," katanya.
Di sebalik isu ini, kita seolah-olah
terlupa bahawa soal halal atau haram bukan sahaja melibatkan produk makanan.
Hakikatnya, soal ini juga membabitkan barangan yang
digunakan seharian.
Cuba lihat di sekeliling kita, adakah kita pasti bahawa
peralatan atau barangan yang digunakan adalah juga daripada sumber yang halal?
Pernahkah kita terfikir berus muka yang digunakan untuk
peralatan mekap yang diimport dari luar negara khususnya China mungkin tidak
halal?
Sebenarnya banyak lagi barangan berasaskan bulu seperti
berus cat dan berus lukisan yang digunakan secara meluas di kalangan pelajar
sekolah dikaitkan dengan isu ini.
Ini kerana, di China, penghasilan barangan daripada bulu
atau kulit babi begitu berleluasa. Malah terdapat juga ternakan babi yang
khusus untuk menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri.
Malangnya, sejauhmanakah pihak berkenaan bertindak bagi
memastikan pengguna beragama Islam di negara ini tidak terus hidup dan
terpedaya dengan produk-produk barangan haram?
Memandangkan isu halal penting, adalah menjadi tanggungjawab
pihak berkuasa untuk memberikan maklumat yang betul mengenai status halal
sesuatu produk baik untuk dimakan, diminum atau digunakan seharian.
Dalam mendapatkan hak itu, sudah tentu juga maklumat tentang
halalnya sesuatu produk perlu dinyatakan secara jelas.
Pada hari khamis 28 Mei 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menjelaskan bahawa hanya terdapat 12 outlet berstatus halal di KLIA2 dan 15 di KLIA2. Hal ini menunjukkan Hampir 80% outlet di KLIA dan KLIA2 tidak mempunyai Sijil Halal.
Oleh itu kita rakyat Malaysia perlu sentiasa berjaga - jaga dan sentiasa mengambil berat mengenai Halal ini kerana ianya akan memainkan peranan paling penting dalam kehidupan seharian. Di mana Halal bukan sahaja meliputi makanan bahkan juga barangan dan lain - lain lagi.
No comments:
Post a Comment